fbpx

Janji dimeterai meraikan cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTIS-ARTIS yang melangsungkan perkahwinan pada tahun 2021.

MESKIPUN negara dibadai virus maut tidak diundang bernama Covid-19, kelonggaran yang diberikan kerajaan bagi aktiviti dan majlis sosial seperti pernikahan digunakan sebaik mungkin bagi selebriti di negara ini untuk menghalalkan hubungan menerusi perkahwinan tidak kira secara tertutup, kecil-kecilan, sederhana mahupun lengkap bertema.

Penyatuan cinta pasangan selebriti tahun 2021 sebenarnya diawali dengan pernikahan penyanyi Ayda Jebat dan personaliti televisyen, Nabil Mahir pada 1 Januari, diikuti pelakon Nafiz Muaz bersama pasangannya, Diyana Omar yang merupakan adinda Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah pada 2 Januari lalu.

INTAN dan Harris.

Intan Ladyana, Harris Alif
5 Februari 2021
Pelakon Intan Ladyana sah bergelar isteri kepada penyanyi dan pelakon Harris Alif pada 5 Februari lalu di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur.

HANNAH dan Imam.

Hannah Delisha,
Imam Shah
18 Februari 2021
Tiada angin tiada ribut, pelakon dan penyanyi cantik berasal dari Singapura, Hannah Delisha, 25, sah menjadi isteri kepada Imam Shah, 33, selepas lima tahun bercinta.

ERNIE ZAKRI dan Syamel.

Ernie Zakri, Syamel
26 Mac 2021
Pasangan penyanyi popular Ernie Zakrie, 29, dan Syamel, 28, selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 26 Mac 2021 di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Neelofa, Haris
27 Mac 2021
Pelakon dan pengacara Neelofa, 32, sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail, 26, dalam satu majlis perkahwinan yang cukup indah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Uqasha Senrose, Kamal Adli
5 November 2021
Pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli mengejutkan ramai apabila sebenarnya telah diijab kabul sebagai pasangan suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

REMY ISHAK Ezza Yusof.

Remy Ishak, Ezza Yusof
21 Ogos 2021
Lapan tahun mengenali hati budi antara satu sama lain selain dihimpit dugaan pernah putus tunang, aktor popular Remy Ishak, 39, akhirnya selamat memperisterikan Ezza Yusof, 38, dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu.

Fizo Omar, Fazeera
21 Oktober 2021
Setahun mengenali hati budi, pelakon Fizo Omar, 36, yang juga duda selamat bergelar suami kepada Fazeera, 26, pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis akad nikah secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

HAQIEM RUSLI dan Sofea.

Haqiem Rusli, Sofea
19 November 2021
Percintaan sejak dua tahun lalu akhirnya membawa kepada ikatan suci pernikahan penyanyi popular Haqiem Rusli. Penyanyi Mimpi itu berkahwin dengan Wan Anis Sofea, 19, di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya pada 19 November lalu.

ELISYA SANDHA dan Uzair.

SIRI ikatan janji sumpah setia 2021 turut menyaksikan pernikahan antara pasangan penyanyi dan pelakon, Zizi Kirana bersama Yusuf Bahrin pada 19 September, aktivis kemanusiaan juga penyanyi rap sensasi, Caprice dengan Fara Inalis (15 November), pemuzik hip-hop, Yonnyboii dan pasangannya, Nik Nazira (20 November), pelakon Puteri Aishah dan Firdaus Sulaiman (21 November), dan penyanyi senior, Datuk Nora Ariffin bersama Rushdi Ramli juga pada sekitar November.

RISTEENA dan Isa Khan.

Tidak ketinggalan, pelakon Risteena dan Isa Khan pula sah bergelar suami isteri pada 12 Mac 2021.
Adik Fasha Sandha, iaitu pelakon Elisha Sandha juga bertemu jodoh dengan Uzair Haqimy pada 21 Ogos lalu, sekali gus bergelar menantu kepada penerbit, Shiela Rusli.
Penyanyi yang terkenal dengan sifat manja dan seksi, Elizabeth Tan pula menamatkan zaman solo dengan lelaki pilihan keluarga, Siew Jim pada 20 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI