fbpx

Ikmal Amry jadi ayah menjelang tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKMAL berkongsi momen bahagia ketika mendukung anak sulungnya yang selamat dilahirkan tengah hari semalam.

PETALING JAYA – Penutup tahun 2021 menjadi saat indah buat pelakon tampan Ikmal Amry apabila kini bergelar seorang bapa selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, semalam.

Difahamkan Ikmal dan isterinya, Najla Shamsul dilaporkan mendapat cahaya mata perempuan selepas wanita itu selamat bersalin secara normal di Hospital Pantai Kuala Lumpur sekitar pukul 12.41 tengah hari semalam.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ikmal, 27, berkongsi momen ketika dia mendukung erat anaknya usai dilahirkan di dalam bilik bersalin.

“Assalamualaikum sayang daddy (ayah). Alhamdulillah syukur atas nikmat tak ternilai ini. Terima kasih semua yang mendoakan,” tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan selebriti turut meninggalkan ucapan tahniah buat pasangan itu atas kelahiran si comel tersebut.

“Alhamdulillah. Tahniah Am,” kata pelakon dan juga penyanyi Alif Satar.

“Alhamdulillah. Tahniah Ikmal dan isteri,” ujar pelakon Bella Astillah.

Sekadar info, Ikmal dan Najla disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI