fbpx

Elak ke pantai semasa tempoh angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM Kelantan menjalankan pemantauan di sekitar Pantai Melawi, Bachok, hari ini.

PASIR PUTEH – Banjir gelombang kedua yang melanda negeri ini menjadikan beberapa kawasan terutamanya di tepi pantai dibadai angin monsun timur laut yang bertiup kencang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak berkunjung ke pantai sama ada untuk beriadah atau bersantai sepanjang musim tengkujuh.

Menurutnya, kawasan pantai terutamanya di Pasir Puteh sebelum ini menjadi destinasi pilihan pengunjung untuk bekelah pada hujung minggu.

“Fenonemena angin kencang pada hujung tahun ini seharusnya menjadi iktibar kepada orang ramai agar duduk di rumah ketika ini.

“Bagaimanapun, anggota APMM sentiasa menjalankan rondaan khas di pesisir pantai negeri ini bagi memantau dan menasihatkan pengunjung agar lebih berwaspada dengan fenomena angin kencang semasa musim tengkujuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Syed Nor Adli, rondaan fokus di pantai yang menjadi tumpuan umum pada cuti hujung minggu terutamanya pada hari Jumaat dan Sabtu.

Menurutnya, langkah itu bertujuan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti tragedi lemas atau dihanyutkan arus dan ombak besar ketika bermain di persisiran pantai.

Ujarnya, penduduk perkampungan nelayan dan nelayan bot kecil juga dinasihatkan agar tidak menggadai nyawa ke luar mencari rezeki ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI