fbpx

Detik 12 malam tetap ditunggu pengunjung sekitar Bukit Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga kota semasa membanjiri di sekitar Jalan Bukit Bintang sempena Ambang Tahun Baru 2022 ketika tinjauan di sini hari ini. Foto AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Ambang Tahun Baharu 2022 di sini semakin dirasai dengan kehadiran ribuan pengunjung yang mula membanjiri kawasan sekitar Bukit Bintang sejak pukul 9 malam tadi walaupun dalam keadaan norma baharu.

Tinjauan Kosmo! mendapati, pengunjung hanya berkumpul dengan rakan mereka dalam kelompok yang kecil kurang daripada lima orang dan dilihat tertumpu di kawasan berhadapan sebuah pusat beli-belah berdekatan.

Warga kota semasa membanjiri di sekitar Jalan Bukit Bintang sempena Ambang Tahun Baru 2022 ketika tinjauan di sini hari ini. Foto oleh AMIR KHALID

Malah, ada juga pengunjung yang dilihat membawa keluarga masing-masing melihat keindahan sekitar ibu kota pada malam ini.

Selain itu, terdapat juga anggota polis yang bertugas memantau keadaan sekeliling serta melancarkan pergerakan lalu lintas di sekitar laluan Bukit Bintang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI