fbpx

Caprice minta tips netizen untuk kata ‘tidak’ pada anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar nasihat dan cadangan yang diberikan orang ramai terhadap hantaran Caprice yang meminta tips untuk menolak sesetengah permintaan anak.

PETALING JAYA – ‘Mak dia selalu risau jika saya tidak mula berkata tidak, dia akan membesar dengan manja, apa korang fikir’.

Itu kenyataan yang dimuat naik oleh penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Caprice dalam Instagram miliknya beserta video pendek dia bersama anaknya.

Menerusi perkongsian Caprice itu, semenjak bergelar seorang bapa kepada anak tirinya itu, dia akui sukar untuk bersikap tegas apabila berhadapan dengan sikap anaknya yang manja terutamanya untuk berkata ‘tidak’ kepadanya.

“Bagaimana nak kata tidak kepada seorang anak yang comel,” tulisnya.

Perkongsian tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai, dan rata-rata memberi nasihat dan cadangan kepadanya di ruangan komen.

“Kena seimbangkan sifat ibu bapa, seorang garang seorang lembut. Contoh apabila bapa lembut, anak selesa meluahkan perasaan dan cerita semua, tapi bila ibu marah atau larang sesuatu, ayah kena sokong ibu pula, yang penting kerjasama,” kata @e_i_l_aaa.

“Kanak-kanak seusia seperti ini memang suka bergurau dan manja, tambah pula kalau dapat ayah yang melayan anak-anak, semakin manja tapi bila anak buat perkara salah, kena tegur terus, tegaskan sedikit suara sebagai peringatan kepada anak,” @qofmyhs.

“Apabila nak kata tidak kepada anak, sertakan sebab kenapa ia tidak boleh dilakukan supaya mereka faham kenapa dilarang,” kata @qisytimah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI