fbpx

Cabul: Buruh dipenjara enam tahun, dua sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang buruh dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

IPOH – Seorang buruh dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, minggu lalu.

Lelaki berusia 38 tahun itu turut dijatuhi hukuman dua sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Tertuduh yang juga bapa sepupu kepada mangsa turut diperintahkan oleh Norita untuk berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah melakukan cabul dengan menyentuh kemaluan mangsa di belakang sebuah rumah bernombor di Kampung Chulek dekat Gopeng pada pukul 9 malam, 25 Disember lalu.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amanina Zulkefli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan siasatan polis, kejadian berlaku semasa mangsa sedang bermain di tepi rumah sebelum dia dipanggil oleh tertuduh ke bahagian belakang rumah yang kemudian memegang badan dan menggosok kemaluan kanak-kanak itu.

Mangsa yang menangis telah mengadu kejadian tersebut kepada ibunya yang membuat laporan polis pada hari sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI