fbpx

Bomba selamatkan enam beradik warga emas rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa warga emas diberi rawatan awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian di Lebuh Presgrave, George Town di sini awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Enam adik-beradik warga emas termasuk dua orang kelainan upaya (OKU) terselamat dalam kejadian kebakaran kediaman yang dihuni mereka di Lebuh Presgrave di sini awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu dipercayai berlaku semasa mangsa terdiri tiga lelaki dan tiga wanita yang masing-masing berusia 60-an sedang nyenyak tidur.

Semasa kejadian, kesemua mereka dikatakan berada di bahagian bawah kediaman dua tingkat itu.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Mohamad Yahaya Murad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.14 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, seramai tujuh anggota termasuk pegawai bertugas bergegas ke lokasi kejadian dengan bantuan anggota di Jalan Perak.

“Pasukan berjaya membawa keluar enam mangsa terdiri adik beradik termasuk dua OKU sebelum api marak.

“Kesemua penghuni tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kebakaran melibatkan perkakasan rumah di bahagian dapur dengan anggaran kemusnahan 30 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, kebakaran tersebut dapat dikawal pada pukul 2.27 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.45 pagi.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ selesai dijalankan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.35 pagi.

“Siasatan awal mendapati punca kebakaran disebabkan kotak elektrik namun siasatan lanjut akan dijalankan oleh pasukan forensik bomba,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI