fbpx

Bomba selamatkan dua lelaki terkandas di Genting Peras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu dan menyelamatkan mangsa yang terkandas Jalan Kuala Klawang-Genting Peras di sini malam semalam. - FOTO: IHSAN BOMBA

JELEBU – Tidak perasan papan tanda jalan ditutup, dua lelaki terkandas di Jalan Kuala Klawang-Genting Peras di sini selepas kereta dinaiki mereka dipenuhi lumpur dan selut dalam kejadian malam semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Mohd. Fazzil Mohd. Yunus berkata, setelah menerima panggilan kecemasan pihaknya tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.25 malam.

“Setibanya di sana terdapat dua orang lelaki terkandas di laluan berkenaan dan kereta dinaiki mereka jenis Perodua Alza telah dipenuhi tanah berselut dan licin. Mereka tidak dapat berpatah balik kerana jalan licin.

“Kami difahamkan kedua-dua mereka berusia anggaran 40-an itu dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menuju ke Putrajaya melalui jalan tersebut. Mereka tidak perasan papan tanda jalan berkenaan masih ditutup akibat tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini,” katanya.

Mohd. Fazzil berkata, kedua-dua lelaki berkenaan diselamatkan dan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu.

“Ketika kejadian cuaca hujan. Mangsa berada dalam keadaan selamat dan dibawa ke balai bomba menggunakan kereta pacuan empat roda,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI