DUNGUN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menggunakan empat unit dron bagi memantau bencana banjir di seluruh negeri ini bermula hari ini.
Pengarah JBPM Terengganu, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, penggunaan dron memudahkan pihaknya mengenal pasti kawasan yang berisiko dinaiki air.
Beliau berkata, JPBM Terengganu berupaya mendapatkan maklumat awal menerusi pemantauan menggunakan dron tersebut.
“Kita menggunakan empat unit dron masing-masing milik JBPM negeri, Akademi Bomba Wakaf Tapai, JBPM Melaka dan JBPM Kedah.
“Unit dron ini akan membuat pemantauan di kawasan berisiko dilanda banjir terutama do Dungun, Kemaman dan Besut,” katanya selepas membuat pemantauan banjir di Hulu Dungun di sini hari ini.
Md. Hilman berkata, dron terbabit dilengkapi teknologi tinggi seperti kamera dan sinar infra merah yang mampu meninjau sejauh 10 kilometer radius.
“Dron ini juga dapat berfungsi pada boleh merakam imej pada waktu malam sekali gus membantu penugasan pihak penyelamat pada waktu malam,” katanya. – K! ONLINE