fbpx

Belasungkawa anak seni 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAMAT KHALID, Benjy. Datuk Jamali Shadat antara yang perli meninggalkan dunia seni pada tahun 2021.

KEMATIAN adalah janji Ilahi. Tahun 2021 menyaksikan banyak kehilangan permata berharga dunia seni dan hiburan tanah air.

Datuk Jamali Shadat, 78
3 Februari 2021
Pelawak legenda, Datuk Jamali Shadat menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Pulau Indah, Klang selepas mula uzur sejak pemergian isteri, Allahyarham Lela Yacob akibat serangan angin ahmar dua tahun lalu.

Noryati Taib, 63
7 April 2021
Pelakon senior, Noryati Taib atau mesra dengan panggilan Mak Cik Petir disahkan meninggal dunia pada 7 April lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru, Johor.

Abu Bakar Omar, 73
16 April 2021
Pelakon veteran terkenal, Abu Bakar Omar yang terkenal menerusi filem Hingga Hujung Nyawa menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 9.04 pagi di Kedah Medical Centre, Kedah pada 16 April 2021 lalu akibat masalah jantung.

Ramasundran Rengan, 57
26 Mei 2021
Selebriti berketurunan India versatil Ramasundran Rengan, 57, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 26 Mei lalu akibat komplikasi jantung.

Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43 (Benjy)
11 Julai 2021
Anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty iaitu pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy disahkan meninggal dunia di Hospital Royal Prima, Medan, Indonesia akibat penyakit asma kronik.
Pada ketika itu, arwah sedang menjalani hukuman selama 11 tahun, tiga bulan di Penjara Tanjung Gusta, Medan atas kesalahan memiliki dadah.

Siti Aminah Ismail, 75 (Mimi Loma)
21 Ogos 2021
Seniwati Mimi Loma yang juga adik kepada Biduanita Saloma dan Seniwati Mariani menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu.

Mamat Khalid, 58 
24 Oktober 2021
Pengarah dan pelakon tersohor, Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 12.30 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak akibat serangan jantung sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Masjid Paloh, Ipoh.

Fatimah Abd Rahim, 63 (Fetty Dzul)
18 November 2021
Pelakon veteran Fetty Dzul menghembuskan meninggal dunia akibat jangkitan virus Covid-19 tahap lima di Hospital Selayang, Selangor.

Hajmi Ibrahim, 50 (Gmie Screen)
10 Disember 2021
VOKALIS kumpulan Screen yang terkenal menerusi lagu Bila Cinta Didusta, Gmie meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang pada 10 Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI