fbpx

Banjir: Mangsa banjir Terengganu meningkat 390 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM membantu mengemas PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun untuk keselesaan mangsa banjir.

DUNGUN – Mangsa banjir di daerah ini terus meningkat kepada 390 orang daripada 115 keluarga hari ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata, setakat ini, petempatan terjejas masih kekal dua iaitu Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor yang terletak di Hulu Dungun di sini.

“Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan 163 mangsa daripada 55 keluarga.

“Seramai 225 mangsa daripada 60 keluarga pula berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rosman berkata, langkah berjaga-jaga diambil memandangkan kebanyakan kawasan di Terengganu masih hujan buat masa ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI