fbpx

Amaran cuaca bahaya beberapa negeri hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran Hujan Berterusan (Bahaya) di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor hari ini.

Bagi Kelantan kawasan terlibat adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala Terengganu di Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Kawasan terlibat di Pahang adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala Johor di Mersing dan Kota Tinggi.

Dalam pada itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran Hujan Berterusan (Buruk) di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan sehingga esok.

Amaran sama di keluarkan terhadap Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera) serta Johor (Segamat dan Kluang).

Selain itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran Hujan Berterusan (Waspada) dijangka berlaku di Perlis dan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik serta Baling di Kedah.

Amaran Hujan Berterusan (Waspada) turut dikeluarkan terhadap Hulu Perak dk Perak, Raub dan Bentong di Pahang serta Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor sehingga 1 Januari 2022.

Hujan berterusan pula dijangka berlaku di Sabah iaitu di Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat sehingga 2 Januari 2022.

Jelas MetMalaysia, Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150mm dalam tempoh 24 jam.

Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh enam jam.

Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kuala Kangsar dan Kinta di Perak pagi ini.

Kata MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI