fbpx

Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Selasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, kedua dan ketiga telah dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan bermula hari ini hingga 4 Januari nanti

Amaran tersebut dikeluarkan disebabkan luruan angin monsun yang bertiup ke rantau negara dijangka berlaku sepanjang lima hari ini terutamanya di sekitar kawasan perairan laut China Selatan serta membawa kepada kelembapan yang tinggi ke negeri Pantai Timur Semenanjung, Johor dan Timur Sabah.

Jelasnya, keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak berikutan ketinggian ombak boleh mencecah sehingga melebihi 4.5 meter di kawasan perairan tertentu.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama melibatkan kawasan perairan Bunguran, selatan Reef South, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan serta Sabah Timur.

“Kawasan tersebut bakal berdepan dengan keadaan angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer per jam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ketinggian ombak mencapai 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, utara Bunguran, tenggara Reef North, utara Reef South, Labuan, Sulu, Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan melibatkan kategori ketiga dengan tiupan angin melebihi 60 kmsj dan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi negeri Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Belaga) yang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dan boleh belanjutan sehingga ke lewat petang nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI