fbpx

Agong, permaisuri zahir takziah buat keluarga M. Kuppan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan takziah yang disiarkan di laman Facebook Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak negara Datuk M. Kuppan yang telah meninggal dunia semalam.

Istana Negara menerusi laman Facebooknya memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia bolasepak negara.

“Mendiang yang berasal dari Pulau Pinang, telah mewakili skuad bola sepak kebangsaan selama lapan tahun bermula dari tahun 1957 hingga 1965,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, mendiang semasa hayatnya turut mewakili pasukan bola sepak Pulau Pinang selama 10 musim sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 1967.

Sebagai jurulatih skuad kebangsaan, mendiang pernah membawa Malaysia memenangi Piala Raja Thailand sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1975 dan 1976 serta memenangi Piala Merdeka pada tahun 1976. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI