fbpx

Ada cerita lain di sebalik bencana banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Fenomena langit ‘menangis’ sehingga mengakibatkan banjir kilat yang telah melanda beberapa negeri sejak 18 Disember yang lalu sehingga ke hari ini masih merekodkan lebih 3,000 mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Bencana buruk ini memberi kesan yang mendalam kepada sebahagian penduduk di negara ini dan lebih memeritkan, mereka turut menanggung kerugian besar akibat kerosakan dan kehilangan harta benda yang sedikit sebanyak menjejaskan kelangsungan hidup mereka.

Namun, musibah banjir ini masih memberi keuntungan kepada sesetengah mangsa apabila dikatakan membuka pintu rezeki setelah bantuan yang diterima melebihi apa yang mereka ada sebelum ini.

Menerusi perkongsian oleh Auni Farhana di laman Facebooknya, dia yang bertemu dengan seorang penduduk yang juga merupakan mangsa banjir memberitahu kehidupannya selepas banjir lebih selesa apabila bantuan yang diterima melebihi dari kemampuannya sebelum ini.

Menurut Auni, dia yang ketika itu sedang memberi bantuan kepada penduduk sekitar yang terjejas dengan bencana alam itu bertemu dengan seorang wanita yang meminta bekalan susu buat anaknya.

“Kak nak baju dalam seluar dalam, susu budak bawah tiga tahun pun ada,” katanya.

“Akak nak susu sahaja boleh,” balas wanita itu.

Sementara, wanita tersebut mengajaknya bersembang dengan bercerita pengalamannya menghadapi banjir dan hikmah yang diperolehinya dari kejadian yang berlaku.

“Akak sebelum banjir memang tak ada barang pun, yang ada hanya toto, tikar dan bantal. Tv pun memang tidak ada selama ini.

“Tapi sebab banjir yang berlaku, kakak dapat tilam baru, bantal baru, tikar, selimut, cadar dan dapur masak,” katanya.

Dalam pada itu, Auni turut memuat naik satu hantaran dengan memaklumkan bahawa di saat orang lain merasakan kehilangan, masih ada individu yang mula memiliki kebahagiaan yang baharu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI