fbpx

4,309 pegawai, anggota Polis Johor siap sedia hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Seramai 4,309 pegawai dan anggota polis Johor diletakkan dalam mod bersiap siaga untuk berdepan sebarang kemungkinan berlaku bencana banjir ekoran musim tengkujuh yang sedang melanda negeri ini, ketika ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah tersebut melibatkan seramai 415 pegawai dan 3,894 anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah seluruh negeri.

“Kami telah mengenal pasti 25 lokasi ‘hotspot’ yang berkemungkinan berlaku banjir di seluruh Johor. Daerah Johor Bahru, Muar dan Kota Tinggi memiliki jumlah lokasi tertinggi iaitu empat lokasi masing-masing.

“Selain kesiapsiagaan anggota, kita juga telah mempersiapkan pelbagai aset antaranya 30 buah bot; 63 kenderaan pacuan empat roda; 43 set generator; 32 buah van dan 10 buah khemah.

“Bagi memastikan kelancaran sebarang operasi yang dijalankan, kami akan bekerjasama dengan pelbagai agensi lain termasuklah bomba, Rela (Jabatan Sukarelawan Rakyat) dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas majlis pelancaran Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor 2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Semalam, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar semua agensi berkaitan bersiap siaga dan bertindak pantas dalam usaha penambatan banjir susulan laporan ramalan awal banjir yang dijangka pada 1 Januari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI