fbpx

Syafiq mahu kembalikan sentuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ berubah angin apabila menyertai pasukan KDA FC musim depan dalam usahanya mendapat semula rentak permainan agar diserap ke dalam skuad Harimau Malaya.

HARIMAU Malaya sentiasa menjadi antara perkara utama yang difikirkan Syafiq Ahmad sebelum membuat keputusan kembali mewakili Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Dengan apa yang sedang dihadapi skuad negara ketika ini, Syafiq melihat peluang diberikan pengurusan Helang Merah hadir tepat pada masanya untuk tampil lebih baik membantu Harimau Malaya.

“Faktor utama saya buat semua ini adalah untuk bermain dengan skuad kebangsaan kerana kini pun ada sasaran layak ke Piala Asia.

“Untuk pasukan kebangsaan, harapan saya adalah layak ke Piala Asia dan saya pasti itu yang peminat mahu saksikan. Tahun ini kita nampak bergelut tetapi masih ada masa menjadi baik.

“Antara faktor utama adalah dapatkan kembali rentak dan jadi pemain lebih baik berbanding sebelum ini. Mungkin sebelum ini prestasi saya sedikit menurun, namun kali ini saya berpeluang naikkan semula moral saya.

“Saya sendiri tidak puas hati dengan prestasi diri. Bila dapat kembali, saya akan cuba dapatkan permainan saya untuk dise­naraikan semula dalam pasukan ke pusingan kelayakan,” katanya.

Harimau Malaya kini berada dalam situasi sukar termasuk gagal melepasi peringkat Kumpulan Piala AFF Suzuki.

Tugas lebih getir menanti pa­sukan negara untuk menghadapi kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung tahun depan.

Pemain berusia 26 tahun itu juga mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membantu perkembangan kariernya di Johor.

Pada masa sama, Syafiq mengharapkan bantuan daripada penyokong untuk memberikan sokongan kepadanya agar tampil lebih baik.

“Tunku Ismail tidak pernah abaikan dan sentiasa berkomunikasi untuk berikan sokongan kepada saya. Saya juga harap sokongan daripada peminat, tidak kira ketika di atas mahu semasa jatuh.

“Ini titik mula untuk saya bermula semula daripada bawah dan saya pun masih perlu belajar lagi kerana ilmu tidak akan habis,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI