fbpx

Sering ‘ditinggalkan’ tanpa sebab, wanita reka ‘exit interview’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHANA mencipta kaji selidik untuk mengetahui punca kenapa lelaki dikenalinya berhenti menghubunginya secara tiba-tiba. -TikTok/ riesling4prez

NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang wanita yang sudah jemu ‘ditinggalkan’ lelaki tanpa diberi sebab bertindak mencipta kaji selidik yang diberikan kepada bekas kenalannya untuk mengetahui punca lelaki-lelaki tersebut bertindak demikian, lapor portal berita MailOnline kelmarin. 

Shanna, yang berasal dari Nashville, Tennessee, berkata, dia tekad untuk mengetahui penyebab seorang lelaki yang dikenalinya daripada aplikasi janji temu Bumble berhenti menghubunginya secara tiba-tiba. 

Antara soalan menerusi soal selidik direkanya adalah ‘Mengapa kamu berhenti menghantar pesanan ringkas kepada Shanna secara tiba-tiba?’.

Tindakannya yang tular itu dikongsikan menerusi sebuah klip video di aplikasi TikTok.

“Saya sudah bosan ditinggalkan secara tiba-tiba tanpa diberikan alasan,” tulis wanita itu dalam video tersebut sebelum menunjukkan beberapa tangkap layar soalan-soalan daripada soal selidiknya.

Menurut Shanna, dia dan seorang bekas kenalannya berbual menerusi aplikasi pesanan ringkas tanpa henti, namun, pada sehari sebelum bertemu, lelaki tersebut bertindak menghilangkan diri.

Lelaki itu akhirnya mengisi jawapan pada kaji selidik tersebut dengan menulis, “Saya mempunyai perasaan terhadap kamu dengan terlalu pantas, namun tidak pasti apakah perasaan ini sebenarnya.”

Netizen yang menonton klip video itu mula membanjiri ruangan komen.

“Bukan salah kamu mereka menghilangkan diri. Ia adalah salah mereka yang gagal berkomunikasi tentang perasaan, keperluan dan jangkaan mereka,” kata seorang netizen.

‘’Sejujurnya saya perlukan ini,’’ tulis seorang pengguna lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI