fbpx

Sambutan tahun baharu dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan untuk membatalkan sambutan tahun baharu dan menggantikannya dengan solat hajat dan doa selamat.

Menurut beliau, ia sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri.

Beliau turut meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk menganjurkan Solat Hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022 di Masjid Putra, Putrajaya esok.

“Dengan itu, saya mengajak Keluarga Malaysia untuk solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan doa selamat di Masjid Putra, Putrajaya pada malam esok.

Yadim mengajak orang ramai membuat solat hajat.

“Bagi mereka yang tidak berpeluang hadir, boleh mengikuti siaran secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV Al-Hijrah,” menurut ciapannya di Twitter hari ini.

Pasa masa sama, Ismail Sabri menyarankan supaya masjid-masjid di seluruh negara terutamanya masjid negeri untuk menganjurkan majlis yang sama.

Beliau berkata, Keluarga Malaysia yang bukan beragama Islam pula boleh melakukan sembahyang mengikut kepercayaan dan agama masing-masing.

“Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan dan Malaysia akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini, ” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI