fbpx

Polis Pulau Pinang larang sambut tahun baharu berskala besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soffian (tengah) pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menegaskan sambutan tahun baharu yang berskala besar di tempat terbuka seperti di padang awam dan mana-mana kawasan terbuka adalah dilarang sama sekali.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sofian Santong berkata, hanya sambutan tahun baharu berskala kecil di tempat tertutup dan boleh dikawal penjarakan fizikal dibenarkan dijalankan.

“Berdasarkan arahan terkini Majlis Keselamatan Negara dalam tempoh ini sambutan tahun baharu berskala besar di tempat terbuka adalah dilarang.

“Pihak polis berharap orang ramai akan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan ini agar keselamatan semua pihak terjamin memandangkan terdapat varian Omicron telah dikesan di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurutnya, polis negeri ini juga akan mengadakan operasi secara ‘omnipresence’ yang melibatkan semua jabatan bermula malam sambutan tahun baharu untuk memastikan arahan serta prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi semua pihak.

“Seramai 146 pegawai dan 821 anggota akan ditugaskan sepanjang operasi ini berlangsung bagi memastikan keselamatan awam terjaga,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI