fbpx

Polis buru dua suspek curi kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat memburu dua suspek kes curi sebuah kenderaan di pusat servis kenderaan di Sungai Penchala, Off Jalan Damansara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger berwarna hitam yang diletakkan dalam bengkel mangsa itu bekerja pada pukul 11.59 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kali terakhir kenderaan pacuan empat roda yang dimiliki oleh seorang pelanggan itu adalah pada Selasa lalu dan berada dalam keadaan baik.

“Mangsa telah melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan ternampak dua suspek lelaki dan perempuan telah datang dengan menaiki sebuah kereta jenis BMW disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu sebelum kenderaan tersebut hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Amihizam, kenderaan pacuan empat roda yang hilang tersebut didaftarkan atas nama seorang pelanggan lelaki berumur 60 tahun yang telah menghantar kenderaan miliknya ke pusat servis berkenaan pada 22 Disember lalu untuk pemeriksaan pintu.

“Nilai kerugian kehilangan pacuan empat roda itu dianggarkan lebih kurang RM150,000 dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kereta.

“Polis menyeru saksi bebas yang mempunyai maklumat untuk hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan,” ujarnya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI