fbpx

PM kongsi prosedur mohon BWI bagi mangsa banjir tak berdaftar di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Panduan permohonan BWI yang dikongsi Ismail Sabri di Twitter hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkongsi panduan memohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi mangsa banjir yang tidak berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Beliau berkongsi infografik panduan tersebut menerusi ciapan di laman Twitternya hari ini.

“Sebarkan kepada ahli keluarga dan mangsa banjir yang masih belum menerima BWI,” menurut ciapan tersebut.

Menurut infografik panduan dikongsi beliau, prosedur pertama yang perlu dilakukan mangsa banjir adalah pendaftaran.

Katanya, mangsa yang tidak berpindah ke PPS dan Ketua Isi Rumah (KIR) layak untuk mendapatkan BWI.

Prosedur kedua pula, adalah penghantaran maklumat yang merangkumi nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, nombor akan baik dan alamat pemohon.

Menurut infografik itu, panduan ketiga adalah pengesahan, yang mana maklumat KIR disahkan oleh Ketua Komuniti.

“Panduan keempat penghantaran maklumat. Ketua Komuniti mengemukakan senarai KIR secara bertulis kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana.

“Kelima adalah penyaluran. BWI akan disalurkan dalam bentuk Pemindahan Wang Elektronik (EFT) atau secara tunai,” katanya.

Untuk info lebih lanjut, orang ramai boleh menghubungi hotline Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) 03-8064 2400. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI