fbpx

Malaysia, Indonesia teruskan ‘persengketaan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALONEY (dua dari kanan) berjaya mendapatkan empat pemain berpengaruh untuk di­serapkan ke dalam skuad B-23 kebangsaan.

MALAYSIA berpeluang membalas dendam terhadap Indonesia apabila kedua-duanya diundi dalam Kumpulan B pada Kejua­raan B-23 AFF 2022 di Kemboja, Februari depan.

Pada majlis undian yang berlangsung di Singapura semalam, ia menyaksikan Myanmar dan Laos melengkapkan empat pasukan dalam Kumpulan B.

Peluang ini menjadi platform terbaik buat ‘skuad adik’ me­nebus kekalahan 4-1 Harimau Malaya kepada lawan sama pada kempen Piala AFF Suzuki baru-baru ini.

Kini, pengendali pasukan B-23 negara, Brad Maloney pastinya berada di peringkat akhir untuk mendapatkan barisan terkuat serta merangka strategi terbaik sepanjang persiapan yang bakal diatur.

Setiausaha Agung ­Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya sudah pun menerima modul perancangan daripada Maloney.

“Maloney sudah menghantar perancangannya buat pasukan kepada kami,” katanya semalam.

Kumpulan C menjadi ‘kumpulan maut’ apabila mempertemukan tiga gergasi Asia Tenggara, Thailand, Vietnam dan Singapura.

KEPUTUSAN UNDIAN KEJUARAAN AFF B-23

Tiga juara setiap kumpulan dan satu naib juara terbaik akan layak ke peringkat separuh akhir.

Selain itu, pertandingan kali ini dijangka menjadi ujian sebenar buat Maloney untuk membuat penilaian awal bagi merangka perancangan lebih baik untuk menghadapi Piala Asia B-23 di Uzbekistan, Jun nanti.

Sebelum ini, Maloney sudah cipta kejayaan apabila melayakkan Malaysia ke Piala Asia B-23 secara merit selepas menjuarai Kumpulan J di pusingan kelayakan di Ulaanbaatar, Mongolia.

Sementara itu, Maloney memberitahu, Malaysia pernah berdepan Indonesia pada separuh akhir Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Vietnam dan ia satu perlawanan cukup epik sebelum skuad negara menang 4-3 pada masa tambahan.

“Kami juga baru saja bertemu Laos pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober lalu. Tiada istilah perlawanan atau lawan yang mudah kerana di Asia Tenggara ini, sesiapa pun boleh mengalahkan pasukan lain.

“Saya rancang untuk mula mengumpul pemain bagi kem latihan pusat pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti pada Januari ini.

“Kami akan mengatur tiga atau empat perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum mengharungi kejohanan ini nanti. Harap kita dapat persiapan yang baik untuk membolehkan kita menduduki tangga teratas kumpulan, layak ke separuh akhir dan seterusnya ke final,” kata Maloney.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI