fbpx

Lelaki terkejut lihat UFO bergerak perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Objek berbentuk bujur yang dirakam seorang lelaki di Kanada dipercayai merupakan sebuah pesawat pada kedudukan yang amat tinggi.- Reddit

OTTAWA – Seorang lelaki dari Kanada yang sedang membawa anjing peliharaannya bersiar-siar terkejut apabila melihat satu objek berbentuk bujur menyerupai objek terbang tidak dikenali (UFO) bergerak perlahan di langit, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pengguna laman perkongsian Reddit dengan nama @angrypirate_666 itu memuat naik gambar objek misteri itu dan meminta bantuan daripada pengguna lain untuk mengenal pasti objek tersebut.

Imej tersebut menunjukkan satu garisan putih di langit yang menyerupai objek berbentuk bujur dan didakwa sedang bergerak dengan amat perlahan.

“Kejadian itu berlaku pada waktu pagi 8 Disember lalu dan ia muncul semula kira-kira pukul 1.30 tengah hari. Kali ini, ia mempunyai bentuk seperti segi empat dan bergerak menjauhi langit,” katanya.

Beberapa orang pengguna Reddit kemudiannya memberikan pendapat bahawa objek itu berkemungkinan merupakan sebuah pesawat.

“Ia adalah pesawat, cuma kedudukannya yang amat tinggi di atas langit seperti bintang membuatkan ia kelihatan seolah-olah tidak bergerak.

“Saya pernah ‘tertipu’ dengan objek yang sama sebelum ini,” komen seorang pengguna Reddit. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI