fbpx

‘Jangan ikut perasaan mahu bunuh diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZARA AISHAH menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu mengikut perasaan sehingga terfikir mahu mencabut nyawa sendiri.

PETALING JAYA – Pelakon jelita Izara Aishah menitipkan pesanan buat orang ramai agar tidak terlalu mengikut perasaan sehingga tergamak untuk membunuh diri.

Menerusi sesi soal jawab dalam Instastory, pemilik nama lengkap, Nik Izara Aishah Nik Izazurin itu berkata, adalah tidak normal apabila seseorang itu terlintas di fikiran untuk membunuh diri hanya kerana dibebani masalah hidup.

“Tak normal. Tapi janganlah fikir (bunuh diri). Nanti apabila mati lagi susah tau nak jawab soalan.

“Nak kena jumpa Munkar dan Nakir lagi. Adudu,” ujar isteri kepada anak tiri penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid.

Terdahulu, seorang pengikut Instagram Izara menanyakan soalan berbunyi: “Normal atau tidak apabila kita ada masalah sampai fikir nak bunuh diri?”

Dalam pada itu, ibu kepada Irisa Alaia turut menzahirkan pesanan tentang hubungan cinta apabila ditanya seorang peminat lain.

Kata Izara, 29, andai seseorang itu belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta, sesuatu perlu dilakukan untuk memberikan pengajaran kepada individu berkenaan.

“Dia nak kawan tapi tak mahu bercinta tapi tak bagi anda ada kekasih lain, cakap pada dia, ‘babai’ sebab nak cari orang yang boleh (beri) cinta kejap,” balasnya bersahaja.

Sekitar Ogos lalu, Izara mengejutkan peminat tanah air apabila mula mengenakan tudung labuh sekali gus mengesahkan dirinya kini sudah bertudung penuh. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI