fbpx

Indonesia akhirnya benarkan kapal pelarian Rohingya mendarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang diambil pada 27 Disember lepas menunjukkan sebuah kapal kayu membawa pelarian Rohingya terkandas di perairan Bireun dalam wilayah Aceh selepas ia dilarang mendarat oleh pihak berkuasa Indonesia. - AFP

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia akhirnya memberi kebenaran kepada kapal yang membawa pelarian Rohingya untuk mendarat di pesisir pantai wilayah Aceh ekoran bantahan yang diterima daripada masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap rancangannya untuk menghantar mereka ke perairan Malaysia.

Sekurang-kurangnya 100 pelarian dengan kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak terkandas di atas kapal kayu tersebut.

Sebelum ini, ia tidak dibenarkan mendarat di Indonesia kelmarin, dengan pihak berkuasa berkata bahawa kapal tersebut akan dihantar ke negara-negara Asia Tenggara lain selepas dibaiki.

Bagaimanapun, selepas mengadakan mesyuarat tergempar antara para pegawai di bandar Bireun, Jakarta mengeluarkan kenyataan bahawa kapal pelarian itu akan ditunda ke pesisir pantai atas dasar kemanusiaan.

“Keputusan ini diambil selepas mengambil kira keadaan darurat para pelarian di atas kapal,” kata Ketua Pasukan Petugas Kebangsaan berkenaan Pelarian, Armed Wijaya.

Tambah Armed, kesemua pelarian akan menjalani ujian saringan kesihatan ekoran keadaan pandemik.

“Pasukan petugas kami juga akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan bagi menyediakan perlindungan dan logistik kepada mereka,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI