fbpx

Dadah: 92 pangkalan haram dikesan di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Golok

KUALA LUMPUR – Sebanyak 92 pangkalan haram berjaya dikesan di sekitar Sungai Golok, Thailand yang dijadikan laluan kepada sindiket untuk menyeludup masuk dadah ke negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, kebanyakan pangkalan itu dikesan berdasarkan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan juga maklumat daripada suspek yang sudah diberkas.

“Kita dapati kedudukan pangkalan haram itu berada di tempat yang agak tersembunyi dan jauh daripada pandangan pihak berkuasa dan juga orang awam.

“Dadah biasanya disembunyikan di dalam guni dan akan ditinggalkan di tebing sungai atau di dalam semak tidak jauh dari lokasi pangkalan haram, ia kemudiannya diangkut rangkaian sindiket menggunakan laluan itu untuk dibawa masuk ke negara ini,” ujarnya ketika sidang akhbar berkenaan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Kompleks Narkotik, Pulapol di sini hari ini.

Menurutnya, kedudukan Sungai Golok yang berjarak hanya 40 meter yang menjadi pemisah Malaysia-Thailand menyebabkan sindiket dadah mengambil kesempatan untuk membawa masuk dadah ke negara ini.

“Sindiket biasanya menggunakan bot untuk menyeludup dadah dan kegiatan itu dikesan sangat aktif sekitar tengah malam sehingga awal pagi.

“Mereka hanya perlu melalui Sungai Golok dalam tempoh lima minit sahaja untuk sampai ke kawasan tebing sempadan,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI