fbpx

Bayi maut, empat parah kenderaan terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi lelaki berusia setahun maut manakala empat lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Jalan Kimanis - Keningau petang semalam.

PAPAR – Seorang bayi lelaki berusia setahun maut manakala empat lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Jalan Kimanis – Keningau petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, sebuah kenderaan jenis Naza Citra dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh bukit di tepi jalan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.24 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi mendapati terdapat lima mangsa membabitkan satu lelaki, tiga wanita dan seorang bayi lelaki.

“Mangsa bayi lelaki berusia setahun terbabit kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia terus diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Empat lagi mangsa terus diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Papar, untuk rawatan selanjutnya.

“Pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7.53 malam,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI