fbpx

Aliran trafik di Pulau Pinang dijangka bertambah 40 peratus esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong dijangka bertambah ke Pulau Pinang sempena cuti tahun baharu bermula esok. GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menjangkakan aliran trafik ke negeri ini akan meningkat sehingga 40 peratus bermula esok sehingga hujung minggu ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sofian Santong berkata, kesesakan lalu lintas juga dijangka berlaku di beberapa daerah seperti di Timur Laut, Barat Daya dan juga kawasan Seberang Perai.

“Kawasan lokasi pelancongan seperti Batu Ferringhi serta premis makanan di pusat bandar George Town juga akan sesak dengan pertambahan pelancong pada hujung minggu ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Tambahnya, pihak polis juga meminta pemilik premis perniagaan makanan agar menghadkan jumlah pelanggan di dalam kedai dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi.

“Anggota polis akan sentiasa berada di lokasi-lokasi ‘hotspot’ pelancongan untuk memantau keadaan dan memastikan orang ramai tidak bersesak.

“Pihak polis meminta orang ramai untuk merancang perjalanan ke negeri ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI