fbpx

United sudah beri River tawaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVAREZ (kanan) menjadi buruan United bagi melengkapkan jentera serangan mereka yang bakal kehilangan Martial selepas ini. – AFP

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan menjadi kelab pertama yang mengemukakan tawaran untuk mendapatkan khidmat penggempur sensasi River Plate, Julian Alvarez untuk memastikan pemain itu menjadi milik mereka.

Menurut laporan, pemain ber­usia 21 tahun itu turut diintai oleh beberapa lagi kelab gergasi Eropah selepas berjaya mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Li­ga Pri­mera Argentina bersama pasukan­nya itu.

Memulakan karier bola sepak di peringkat remaja bersama Club At­letico Atalaya, Alvarez kemudian menandatangani kontrak bersama River Plate pada 2015 sebelum berjaya menembusi kesebelasan utama pada 2018 dan kini menjadi tonggak penting pasukan itu.

Bersama skuad kendalian Marcelo Gallardo, Alvarez berjaya membuat 96 penampilan dengan meledak 36 gol selain turut berjaya melakukan 25 um­panan gol untuk kelab berkenaan.

Separuh daripada jaringan yang dihasilkannya itu adalah sepanjang 21 penampilan musim ini menyebabkan namanya menjadi tumpuan kelab-kelab gergasi Eropah termasuk United yang terus menghantar pasukan pencari bakatnya sejak beberapa bulan lalu.

United terdesak untuk memiliki seorang lagi pemain di bahagian serangan ketika mereka bakal kehilangan khidmat Anthony Martial yang akan berhijrah selain Cristiano Ronaldo yang kini semakin berusia.

Kehadiran Alvarez akan membentuk rangkaian serangan yang lebih baik buat skuad kendalian Ralf Rangnick itu bersama Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Jadon Sancho.

United juga dikatakan me­nyiapkan tawaran berkenaan se­lepas mendapat tahu bahawa Bayern Munich juga telah meng­hubungi River Plate untuk berunding mengenai potensi perpindahan Alvarez ke Allianz Arena. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI