fbpx

Suka duka layar seni Indonesia 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEBRITI yang menjadi fokus kepanasan kisah sensasi dari tanah seberang.

DUNIA hiburan tanah seberang, Indonesia juga tidak pernah sepi daripada pelbagai cerita menarik bermula daripada kontroversi, perkahwinan sehingga khabar duka pemergian selebriti yang meninggal dunia. Berikut dirangkumkan beberapa kisah terhangat yang mewarnai industri seni hiburan Indonesia sepanjang 2021.

Kematian tragis Vanessa Angel

Tanggal 4 November 2021 lalu menjadi tarikh duka bagi seluruh pemain industri seni hiburan Indonesia selepas selebriti popular, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya. Difahamkan, Vanessa ketika kejadian sedang dalam perjalanan ke Surabaya bersama keluarganya.

Jenazah kedua-dua mangsa itu dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Surabaya sebelum dikebumikan di Pemakaman Taman Makam Malaka, Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

Sebulan selepas kejadian, bapa kepada Vanessa, Doddy Sudrajat mencetuskan kontroversi apabila mengambil keputusan untuk menggali dan memindahkan kubur anaknya itu untuk disemadikan bersebelahan pusara isterinya.

Bagi Doddy, perbuatannya itu atas permintaan Vanessa sendiri yang mahu dikebumikan bersebelahan dengan kubur ibunya.

Pahit manis Aurel Hermansyah, Atta Halilintar

Nama pasangan selebriti terkenal Aurel Hermansyah dan suaminya Atta Halilintar antara nama yang paling popular terkait dengan pelbagai berita sensasi. Ketika majlis perkahwinan mereka yang berlangsung gilang-gemilang pada 3 April 2021, pasangan mempelai turut menerima kunjungan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto sebagai saksi pernikahan mereka.

Sebulan selepas sah bergelar suami isteri, Aurel disahkan hamil anak sulung. Bagaimanapun impian mereka untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila anak kepada diva tersohor Indonesia iaitu Krisdayanti itu mengalami keguguran. Kejadian itu memberi impak besar kepada Atta. Namun begitu, pada Ogos 2021, Aurel sekali lagi disahkan hamil selepas dua bulan merahsiakan perkara itu kepada pihak media.

Hubungan sulit Nissa Sabyan

Nama penyanyi Nissa yang merupakan vokalis kumpulan Sabyan tiba-tiba meledak sehingga mengundang kemarahan ramai selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang.
Dalam pendedahan tersebut Nissa telah dituduh berlaku curang dengan seorang anggota kumpulan Sabyan sendiri iaitu Ayus yang masih berstatus seorang suami pada ketika itu.

Hubungan sulit mereka terbongkar selepas adik Ayus iaitu Fadhila Nova mendedahkan bahawa abangnya sudah menjalinkan skandal sejak lebih dua tahun lalu bersama penyanyi tersebut. Media Indonesia melaporkan Ayus telah rasmi bercerai dengan isterinya, Ririe Fairus selepas berita panas itu tersebar.

Sementara Nissa pula semakin dibenci peminat. Lebih teruk, dia didakwa menutup perbuatan memalukan itu dengan imej seorang Muslimah yang baik.

Nia  Ramadhani, suami kantoi dadah

Tanggal 7 Julai 2021 telah mengejutkan ramai penggiat seni Indonesia termasuk peminat kepada aktres terkenal, Nia Ramadhani selepas dia ditangkap polis bersama suaminya, Ardi Bakrie atas kesalahan dadah. Dalam kejadian tersebut, Nia ditangkap ketika berada di kediamannya di Pondok Indah, Jakarta Selatan bersama pemandu peribadinya dikenali sebagai Zen.

Sementara Ardi pula menyerah diri ke Balai Polis Metro Jakarta Pusat pada malam hari yang sama. Ketika serbuan yang dibuat, pihak polis telah menjumpai satu klip dadah jenis syabu bersama alat untuk mengambil dadah.

Perbicaraan di mahkamah pengadilan Negeri Jakarta Pusat memerintahkan mereka menjalani rehabilitasi selama tiga bulan selain berdepan dengan hukuman penjara selama empat tahun.

Pernikahan rahsia Lesti Kejora, Rizky Billar

Berita pernikahan pasangan selebriti popular Lesti Kejora dengan Rizky Billar pada 19 Ogos 2021 lalu telah menuai rasa gembira seluruh peminat dunia Indonesia. Namun, kegembiraan itu bagaikan direntap apabila timbul khabar angin mengatakan bahawa Lesti telah hamil ketika majlis pernikahan tersebut dibuat.

Semuanya gara-gara beberapa keping foto yang diambil di sekitar majlis tersebut menunjukkan keadaan perut penyanyi dangdut itu jelas kelihatan seperti sedang berbadan dua. Enggan mengeruhkan ke­adaan, Lesti dan suaminya akhirnya membuka mulut mengaku bahawa mereka sudah pun bernikah sejak awal tahun.

Menerusi satu tayangan eksklusif berjudul The Secret of Leslar, Lesti mengakui bahawa mereka berdua telah bernikah secara senyap-senyap pada awal tahun ini bagi mengelakkan fitnah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI