fbpx

Polis Hong Kong serbu pejabat media Stand News

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pengarang Stand News, Patrick Lam ditahan polis dalam keadaan tangan yang bergari selepas serbuan dilakukan di pejabat media tersebut, hari ini. - AFP

HONG KONG – Polis Hong Kong menahan enam individu dari sebuah media bebas, Stand News atas tuduhan melakukan konspirasi untuk menerbitkan kandungan berunsur hasutan, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) hari ini.

Kakitangan dan bekas kakitangan laman berita itu adalah antara yang menjadi sasaran polis.

Mantan Ketua Pengarang dan Ketua Pengarang terkini Stand News adalah antara yang ditahan, di samping penyanyi pop yang kini menjadi ikon demokrasi, Denise Ho. 

Denise merupakan bekas ahli lembaga pengarah Stand News. Beliau mengesahkan penahanannya menerusi laman Facebook miliknya dan memberitahu dibawa ke Balai Polis Daerah Barat untuk disoal siasat.

Sementara itu, polis Hong Kong dalam satu kenyataan berkata, mereka diberi kebenaran untuk menggeledah dan mencari ‘bahan-bahan kewartawanan yang relevan’.

Susulan itu, lebih 200 anggota polis dikerahkan untuk melakukan serbuan di pejabat penerbitan Stand News di daerah Kwun Tong.

Dalam pada itu, satu klip video yang dimuat naik di laman Facebook Stand News memaparkan anggota polis sedang berdiri di hadapan pintu pejabat Pengarah Tugasan, Ronson Chan pada awal pagi hari ini.

Ronson bagaimanapun tidak ditahan polis, sebaliknya hanya dibawa untuk disoal siasat.

Menurut laporan, pada malam sebelum kejadian ketika sebuah acara makan malam tahunan Persatuan Wartawan Hong Kong (HKJA), Ronson yang bertindak sebagai pengerusi dalam ucapannya berkata bahawa penutupan akhbar Apple Daily sebelum ini telah ‘menggegarkan’ Hong Kong.

“Bandar ini sentiasa memerlukan kebenaran dan wartawan. Tidak kira betapa sukarnya laluan yang kita, HKJA tidak akan gagal,” katanya. AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI