fbpx

Peruntukan RM17.2 juta untuk banjir gelombang kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk melakukan kerja-kerja pembersihan akibat dilanda banjir baru-baru ini di Kampung Cemperai di sini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan peruntukan dianggarkan sebanyak RM17.2 juta sebagai persiapan menghadapi banjir gelombang kedua.

Unjuran kos terkini berkenaan dengan mengambil kira persediaan bagi tujuan perkhidmatan kutipan, pembersihan dan pelupusan sisa bencana tersebut di beberapa buah negeri terlibat.

“Usaha pembersihan akan dilipatgandakan melalui pertambahan aset seperti tong roro, jentera pengangkut dan jentolak ‘backhoe’,” kata kementerian itu menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Jelebu, Negeri Sembilan mengumumkan peruntukan darurat RM5.4 juta untuk pemulihan banjir gelombang pertama melibatkan empat negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Negeri-negeri tersebut terjejas teruk akibat bencana itu sejak 18 Disember lalu sehingga berlaku timbunan sampah amat besar.

Pada masa sama, kementerian menyediakan RM6 juta kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi pemulihan gelombang pertama minggu lalu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI