fbpx

Neville akui sudah muak sikap ditunjukkan Ronaldo, Fernandes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (kiri) dan Fernandes dianggap lebih banyak merungut berbanding memberikan aksi terbaik bersama United. – AFP

NEWCASTLE – Pengkritik bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Gary Neville menyelar sikap ditunjukkan dua bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes ketika seri 1-1 dengan Newcastle United awal pagi semalam.

Neville, 46, mendakwa, kelakukan Ronaldo dan Fernandes amat menjengkelkan kerana dua tonggak Portugal itu sentiasa me­rungut tentang apa-apa sahaja perkara yang melibatkan United.

“Ada sahaja yang mereka (merujuk kepada Ronaldo dan Fernandes) tak puas hati. Mereka sentiasa meluahkan pelbagai reaksi contohnya mengangkat tangan atau mengadu macam-macam perkara.

“Mereka pernah menyebabkan pengurus terdahulu (Ole Gunnar Solskjaer) dipecat. Jika mereka teruskan beraksi dengan prestasi hambar seperti hari ini, mungkin lebih ramai lagi pengurus lain akan dipecat.

“Pemain seperti Ronaldo atau Fernandes sepatutnya menunjukkan contoh yang lebih baik. Mereka perlu mainkan tanggungjawab, bukannya tunjuk kelakuan yang negatif dalam pasukan,” kata Neville.

Neville juga kecewa dengan tindakan Ronaldo yang bernasib baik tidak diarahkan keluar padang selepas melakukan terjahan keras ke atas pemain Newcastle, Ryan Fraser dalam aksi di St. James Park itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI