fbpx

Lee Si-eon dikecam tak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE SI-EON

HARI bahagia seperti perkahwinan sepatutnya diraikan dengan penuh bermakna, tetapi sebaliknya berlaku buat pelakon Lee Si-eon yang baru saja berkahwin pada Sabtu lalu di Pulau Jeju.

Dia dikecam netizen selepas didapati tidak memakai pelitup muka dan hidung ketika bergambar bersama tetamu yang hadir pada majlis perkahwinannya.

Selain Si-eon, isterinya juga seorang pelakon, Seo Ji-seung turut dilihat tidak memakai ‘mask’.

Sehari kemudian iaitu Ahad lalu, pelakon yang pernah muncul dalam program I Live Alone itu tampil memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya.

“Saya minta maaf kerana tidak memakai topeng muka ketika sesi bergambar pada hari perkahwinan saya. Kami mematuhi garis panduan dan semua orang memakai ‘mask’ sepanjang majlis berlangsung.

“Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak berhati-hati sebelum menanggalkan topeng muka. Kami minta maaf atas kejadian yang berlaku dan akan lebih berhati-hati pada masa hadapan,” tulisnya dalam Instagram.

Selain pasangan pengantin, beberapa tetamu undangan turut dilihat membuka ‘mask’ termasuk Park Na-rae.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI