fbpx

Langkah lolos ke negara jiran Long Tiger terbantut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Usaha lelaki berketurunan Rohingya untuk meloloskan diri menyelinap keluar dari negara ini tidak kesampaian apabila dicekup bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah, petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, ditahan pada pukul 3.15 petang bersama lelaki berusia 46 tahun dipercayai rakannya.

“Hasil siasatan mendapati Long Tiger berkenalan dengan lelaki yang membantunya bersembunyi di Sungai Petani melalui Facebook sejak tahun lalu.

“Kemungkinan rancangan suspek untuk melarikan diri ke negara jiran sama ada ke Indonesia atau Thailand,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek, polis telah membuat tangkapan susulan ke atas dua lelaki berusia 36 dan 38 tahun yang dipercayai bersekongkol dengan suspek antara pukul 7.25 malam hingga 3 pagi tadi di sekitar Batu Pahat.

Jelasnya, kedua-dua suspek itu dipercayai membantu suspek dengan memotong gari tangannya selain membeli kad sim sebelum melarikan diri ke Kedah.

Semalam Long Tiger yang berjaya ditahan didapati menyembunyikan diri di rumah seorang pondan di Kuala Ketil, Sungai Petani.

Ketika ditahan kira-kira pukul 3 petang itu, Long Tiger dikesan sekali lagi cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung namun tergelincir jatuh di lantai dapur rumah.

Terdahulu, keempat-empat mereka termasuk lelaki yang berperwatakan wanita yang dicekup bersama-sama Long Tiger di Sungai Petani serta di Batu Pahat, kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga 1 Januari.

Perintah reman terhadap Long Tiger dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin bagi siasatan di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 216 kanun sama.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI