fbpx

Kontraktor, isteri didakwa bunuh pembantu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Ambree dihadapkan di Mahkamah Majistret, hari ini.

KOTA KINABALU – Sepasang suami isteri dihadapkan di Mahkamah Majistret, hari ini ekoran dakwaan membunuh pembantu rumah mereka di sebuah kondominium antara 10 Disember hingga 13 Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh, Mohammad Ambree Yunos, 40, dan isterinya, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulang, 33, berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori sekiranya sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan didakwa membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah Daeng Damin, 28, di rumah pasangan terbabit yang terletak di sebuah kondominium Jalan Lintas Lido.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan daripada kedua-dua tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Mohammad Ambree yang juga seorang kontraktor diwakili peguam Ram Singh dan Kimberly Yee manakala Etiqah merupakan bekas finalis program MasterChef Malaysia 2012 dan seorang jurutera pula diwakili peguam Datuk Seri Rakbir Singh.

Pendakwaan kes pula dijalankan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Irwan Suainbon dan Timbalan Pendakwaraya, Ali Imran.

Sementara itu, pasangan berkenaan turut diperintah menjalani tahanan reman lanjut sehingga kes mereka selesai.

Berdasarkan laporan sebelum ini, pasangan berkenaan ditahan pada 14 Disember lalu, iaitu sehari selepas mereka membuat laporan polis mendakwa menemui pembantu rumah mereka di atas lantai di kondominium mereka selepas balik daripada bercuti di Kundasang, Ranau.

Mereka kemudian dibebaskan atas jaminan polis pada 21 Disember lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI