fbpx

Kes sembuh lepasi kes harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes sembuh merekodkan sebanyak 4,322 kes sekali gus melebihi kes harian, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,677,406 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu pula mencatatkan  sebanyak 3,683 kes termasuk 239 kes import, manakala jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah 2,750,516 kes.

“Daripada kes harian yang dilaporkan hari ini, 56 kes (1.5 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 3,627 kes (98.5 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat enam kluster baharu dengan jumlah kluster aktif sebanyak 227 kluster,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 288 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 162 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI