fbpx

Jangkitan Omicron tingkatkan kekebalan terhadap varian Delta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saintis mendapati individu yang dijangkiti varian Omicron Covid-19 terutamanya yang sudah divaksin menghasilkan imuniti terhadap varian Delta. - Alamy Live News

CAPE TOWN – Satu kajian yang dijalankan di Afrika Selatan mendapati bahawa jangkitan terhadap varian Omicron boleh meningkatkan kekebalan komuniti terhadap varian Delta, lapor akhbar New York Post semalam.

Dalam kajian kecil itu, saintis di Institut Penyelidikan Kesihatan Afrika di Durban mendapati bahawa individu yang dijangkiti varian Omicron Covid-19, tertutamanya yang sudah divaksin menghasilkan imuniti terhadap varian Delta.

Menurut agensi berita Bloomberg, kajian yang belum disemak semula itu melibatkan 15 pesakit Omicron yang divaksinasi dan tidak divaksinasi di Afrika Selatan.

Menurut penulis kajian, Alex Sigal dan Khadija Khan, walaupun peneutralan Omicron meningkat 14 kali ganda dalam tempoh 14 hari selepas dikenal pasti, peneutralan varian Delta juga turut berlaku pada kadar 4.4 kali ganda.

“Peningkatan dalam peneutralan varian Delta pada individu yang dijangkiti Omicron mungkin mengakibatkan penurunan keupayaan Delta untuk menjangkiti semula individu tersebut.

“Penemuan itu konsisten dengan Omicron yang menggantikan varian Delta kerana ia boleh menghasilkan imuniti yang meneutralkan kemungkinan jangkitan semula melibatkan varian Delta,” kata penulis kajian.

Berdasarkan satu kajian lain yang dibuat Afrika Selatan sebelum ini, terdapat pengurangan risiko kemasukan ke hospital dan penyakit teruk pada individu yang dijangkiti varian Omicron berbanding varian Delta. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI