fbpx

Harimau bintang larikan anjing peliharaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau bintang itu melompat ke atas pagar dan menangkap anjing tersebut sebelum membawa lari haiwan itu ke dalam hutan. - SWNS

NEW DELHI – Satu rakaman video memaparkan seekor harimau bintang melompat di atas pagar sebuah rumah setinggi lebih tiga meter di India sebelum membaham dan membawa lari seekor anjing dari kediaman tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Berdasarkan video tersebut, anjing itu pada mulanya dilihat mengundur ke belakang selepas terdengar bunyi daripada harimau bintang itu.

Haiwan buas itu kemudian melompat ke atas pagar, membaham dan menangkap anjing tersebut sebelum membawa lari haiwan itu ke dalam hutan.

Menurut laporan, harimau bintang itu sedang berkeliaran di kawasan kejiranan tersebut di negeri Madhya Pradesh sambil mencari makanan apabila ia ternampak anjing itu di belakang pintu pagar. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI