fbpx

Giant sumbang RM100,000 untuk mangsa banjir Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAKIL Giant Malaysia, David Chiam (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil Yayasan MyKasih, Datin Nazrin Aneeza baru-baru ini

PETALING JAYA – Giant men­yumbang wang tunai berjumlah RM100,000 untuk membantu keluarga di Klang dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir besar yang berlaku baru-baru ini.

Sumbangan tersebut dise­rahkan kepada Yayasan MyKasih untuk agihan segera kepada ke­luarga terkesan, yang mana setiap keluarga bakal menerima RM100 untuk membeli makanan dan barangan keperluan lain.

Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group Asia Tenggara, Chris Bush berkata, pihaknya turut bersedih dengan bencana tersebut dan berharap bantuan yang diberikan akan mengurangkan beban yang ditanggung kumpulan terjejas.

“Kami juga berterima kasih kepada pasukan Giant yang telah melangkaui skop tugasan sebenar mereka dalam menjaga ke­selamatan pelanggan ketika banjir melanda kedai kami.

“Banjir kali ini turut memberi kesan kepada sejumlah ahli pasu­kan Giant.

“Kami juga akan menyediakan bantuan buat mereka dan keluarga dari segi kewangan, penginapan sementara, makanan dan keperluan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bush menambah, dalam si­tuasi mencabar sekarang, pihak Giant akan terus memberi per­khidmatan dan sokongan kepada komuniti sebaik yang mungkin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI