fbpx

Dua beradik maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Mohd. Faizal dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman semalam.

KEMAMAN – Dua beradik maut selepas motosikal Yamaha Lagenda dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Perodua Myvi di Kilometer 170 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Cheneh di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, Mohd. Faizal Shaari, 29, dan abangnya, Termizi Shaari, 37, yang berasal dari Bandar Seri Bandi di sini meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, motosikal Yahama Lagenda dinaiki kedua beradik itu dikatakan dalam perjalanan ke Jabor di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang Mohd. Faizal dikatakan tiba-tiba mengubah haluan ke laluan bertentangan.

“Sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki dua pelajar Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang yang dalam perjalanan ke Jerangau, Dungun gagal mengelak lalu merempuh motosikal terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, impak pelanggaran tersebut menyebabkan Mohd. Faizal dan Termizi terseret kira-kira lapan meter.

Tambah beliau, kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua remaja berusia 19 tahun itu pula terbabas hingga terjunam ke dalam kawasam cerun berumput di tepi jalan.

“Mayat dua beradik itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI