fbpx

Balutan mumia firaun ‘dibuka’ secara digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sahar berdiri di sebelah mumia Amenhotep I dan pengimbas CT. - PA Media

KAHERAH – Satu mumia firaun dari zaman Mesir purba dikaji buat pertama kalinya dalam tempoh beribu-ribu tahun selepas balutannya ‘dibuka’ secara digital, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Mumia Amenhotep I, yang memerintah dari tahun 1525 hingga 1504 Sebelum Masihi (SM) ditemui di sebuah tapak di Deir el-Bahari, 140 tahun yang lalu.

Ahli-ahli arkeologi telah mengelak daripada membuka balutannya bagi mengekalkan keadaan asal pembalut mumia itu.

Bagaimanapun, imbasan topografi komputer (CT) yang dilakukan ke atas mumia itu baru-baru ini telah mendedahkan maklumat yang tidak pernah diketahui sebelum ini mengenai firaun tersebut dan kisah pemakamannya.

Profesor radiologi di Universiti Kaherah dan pengarang utama penyelidikan tersebut, Dr. Sahar Saleem berkata, pasukannya menjangkakan firaun Amenhotep I berusia kira-kira 35 tahun ketika dia meninggal dunia.

“Dia memiliki ketinggian kira-kira 169 sentimeter dan mempunyai gigi yang cantik. Di sebalik balutannya, firaun tersebut memakai 30 tangkal azimat dan pengikat pinggang emas yang disulam dengan manik emas.

“Amenhotep I secara fizikal dilihat menyerupai bapanya, di mana dia mempunyai dagu yang sempit, berhidung kecil, berambut keriting dan gigi atas yang sedikit menonjol,” katanya.

Tambah Sahar, mereka bagaimanapun tidak menemui sebarang kesan luka atau kecacatan akibat penyakit yang membolehkan pasukannya menyiasat punca kematian firaun tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI