fbpx

Arsenal jejak khidmat En-Nesyri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EN-NESYRI

LONDON – Arsenal terdesak untuk mendapatkan penyerang baharu Januari nanti apabila masa depan dua pemain mereka, Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang semakin tidak menentu.

Situasi itu menyebabkan skuad kendalian Mikel Arteta itu dikaitkan dengan beberapa nama antaranya penggempur Fiorentina, Dusan Vlahovic dan juga penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin.

Bagaimanapun, Arsenal sedar peluang mereka untuk mendapatkan Vlahovic sangat tipis ketika khidmat pemain itu di­buru oleh Juventus, manakala isu kecederaan Calvert-Lewin menyebabkan mereka lebih berhati-hati.

Justeru, Arsenal dilaporkan sedang memantau secara dekat perkembangan penyerang Sevil­la, Youssef En-Nesyri yang dianggap sebagai alternatif lebih murah berbanding dua pemain yang dikaitkan sebelum ini.

Pemain berusia 24 tahun dari Maghribi itu hanya membuat lapan penampilan dengan menjaringkan tiga gol dalam saingan La Liga musim ini ekoran kece­deraan, namun kini sudah pulih sepenuhnya dan mula kembali menjadi tonggak skuad kendalian Julen Lopetegui.

Musim lalu menyaksikan En-Nesyri berjaya meledak 24 gol dalam 52 penampilan dan menjadi sebahagian daripada skuad Sevilla yang berjaya menjulang kejuaraan Liga Europa pada Ogos 2020. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI