fbpx

Ada banjir lagi saya sampai- Abang Viva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Viva kini dalam perjalanan dari Pahang ke Melaka selepas mengerah keringat membantu mangsa banjir di negeri itu.

PETALING JAYA- ‘Abang Viva Viral’ yang diangkat sebagai wira rakyat Malaysia berikutan pengorbanannya membantu mangsa banjir baru-baru ini menyifatkan akan terus membantu orang ramai sekiranya khidmatnya masih diperlukan.

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29, berkata, beliau akan terus membantu mangsa banjir walau di mana saja sekiranya bencana itu berlaku lagi kelak.

“Kalau ada banjir lagi, Insya-Allah saya akan sampai,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Abang Viva kini dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas beberapa hari mengerah keringat membantu mangsa banjir sekitar Pahang.

Bagaimanapun, Abang Viva tidak menjelaskan lokasi terkini beliau sebaliknya hanya memaklumkan sedang dalam perjalanan pulang ke Melaka.

“Baru gerak dari Pahang, kalau perjalanan lancar, malam ini saya sampai Melaka,” katanya ringkas.

Abang Viva sebelum ini mencuri perhatian rakyat Malaysia berikutan semangat dipamerkannya untuk membantu mangsa banjir di Selangor meskipun hanya berbekalkan wang saku sebanyak RM50. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI