fbpx

Tidur di kubur 7 hari elak mayat jadi mangsa khurafat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sekumpulan lelaki yang sanggup tidur di tanah perkuburan selama tujuh hari bagi mengelakkan berlakunya amalan khurafat.

PETALING JAYA – Sekumpulan lelaki sanggup tidur dan bermalam di tanah perkuburan selama tujuh hari bagi mengelakkan berlakunya amalan khurafat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian video oleh @Oreobamban di media sosial, memaparkan beberapa lelaki yang berbaring di sebelah kubur dan ada yang kekal berjaga bagi memastikan keadaan persekitaran selamat dan mengelak dari kejadian yang tidak diingini berlaku.

Mereka juga menyediakan beberapa keperluan seperti kipas serta khemah sebagai tempat berlindung daripada hujan dan panas ketika berada di kubur.

Sementara itu, orang ramai yang menonton video tersebut turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen dan ada yang menganggap ia sebagai tradisi sesetengah masyarakat untuk menjaga pusara arwah selama tempoh tertentu.

“Itu biasanya jika berlaku kematian seorang bayi dan akan dijaga selama tujuh hari supaya orang yang mengamalkan ilmu sihir tidak mengambil kesempatan kepada arwah,” kata @Freshcool.

“Di tempat saya dahulu, kena jaga seperti ini sebab orang yang meninggal pergi pada hari Khamis malam,” kata @Raja Bersiong.

“Amalan seperti ini untuk elak jasad arwah dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab terutamanya yang mengamalkan ilmu hitam dan khurafat,” kata @Peace4u. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI