fbpx

‘Sunting Wikipedia Rina Harun sampai begini, kalian sakit otak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEDIM menegur perbuatan individu tidajk bertanggungjawab yang mengubah kandungan profil Wikipedia Rina dengan mengguna,kan perkataan berbaur lucah.

PETALING JAYA – Ramai dalam kalangan netizen melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun disebabkan tindakannya yang didakwa ‘berlakon’ mencuci simen bersih di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) menggunakan alat penyembur air.

Tidak sahaja menjadi bahan jenaka dan dipersendakan ramai, kebencian melampau netizen terhadap Rina membawa kepada perbuatan tidak bertanggungjawab netizen mengubah kandungan profil Rina menggunakan perkataan lucah, sebagaimana yang tertera dalam laman ensiklopedia Wikipedia.

Bagaimanapun, niat tidak menghalalkan. Tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, suami kepada selebriti sensasi Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz tampil bersuara menegur tingkah laku segelintir netizen yang tergamak menyunting laman Wikipedia menteri berkenaan dengan perkataan tidak senonoh.

Nedim atau nama sebenarnya, Nedim Sujak Nazri Aziz menerusi Twitter berkata, menyunting laman Wikipedia Ahli Parlimen Titiwangsa itu dengan menokok tambah perkataan disifatkan lucah bukanlah sesuatu yang kelakar.

“Pergi ke Wiki-nya dan menyunting benda mengarut seperti dipaparkan tidak kelakar wahai kalian semua.

“Jangan buat perkara seperti itu. Kalau sampai tahap begini kalian bertindak dengan menyunting Wikipedianya, kalian memang ada masalah otak,” getusnya menerusi satu ciapan Twitter.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, meminta netizen yang bertindak menyunting atau mengubah kandungan Wikipedia menteri berkenaan agar berhenti daripada melakukan perkara demikian.

Hal ini kerana, apa yang dilakukan itu boleh disabitkan atau disifatkan sebagai gangguan seksual.

“Ini (apa yang kalian lakukan) boleh disifatkan sebagai gangguan seksual. Tolong hentikan,” ciapnya.

Terdahulu, Rina menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan agensi di bawah kementeriannya iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjelaskan, tindakanya menggunakan alat penyembur air bagi misi bantuan banjir adalah untuk membersihkan kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan sukar dicuci sebelum ini.

Rina turut menjadi mangsa ‘troll’ media sosial apabila ramai golongan celik platform digital tersebut mengesan dan membongkar ciapan-ciapan lamanya dalam Twitter sewaktu sebelum aktif berkecimpung dalam dunia politik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI