fbpx

Spurs mula nikmati impak Conte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kanan) meledak satu gol ketika membantu Spurs mencatat kemenangan selesa 3-0 menewaskan Palace kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte meng­akui tidak gemar apabila orang melakukan perbandingan pasukan yang dibimbing ketika ini dengan Chelsea selepas menyaksikan kelabnya mudah menewaskan Crystal Palace 3-0 awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Spurs berjaya merekodkan lima perlawanan tanpa tewas ketika ini dengan Conte sudah mula menunjukkan impak sejak dilantik menjadi pengendali pasukan pada November lepas.

Kata Conte, situasi ketika bersama Spurs dan Chelsea adalah berbeza kerana dia baru sahaja bersama pasukan itu di perte­ngahan musim dan masih dalam proses menyesuaikan diri selain sukar untuk menjamin kejayaan pada musim ini.

“Saya sangat gembira apabila barisan pemain sudah mula faham dengan corak taktikal yang saya terapkan dan mungkin momentum ketika ini ramai pihak sudah samakan situasi dengan apa yang saya lakukan ketika membimbing Chelsea.

“Namun, saya tidak mahu penyokong mendabik dada dengan mengharapkan kejayaan secepat mungkin dan dalam masa yang sama saya mahu pemain terus bekerja keras dengan membuktikan keupayaan sebenar mereka di atas padang,” katanya.

Sementara itu, pengendali dari Itali turut memuji impak yang diberikan oleh jentera serangan selepas trio utama, Lucas Moura, Harry Kane dan Son Heung-min berjaya meledakkan gol pada perlawanan di laman sendiri awal pagi semalam.

“Semua pemain di jentera serangan kami sudah menemui sentuhan penyudah dan dilihat cukup tajam di hadapan gawang. Pujian wajar diberikan kepada Moura, Kane dan Son selain Steven Bergwijn yang turut bersedia memberi impak sekiranya diperlukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI