fbpx

Selangor tagih sentuhan Caion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAION menjadi pemain keenam yang diperkenalkan untuk menyarung jersi Merah Kuning bagi saingan Liga M bersama Selangor FC musim depan.

PASUKAN Selangor FC terus ghairah mempersiapkan pasukan bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2022 selepas mengesahkan kehadiran penyerang import dari Brazil, Herlison Caion untuk menggantikan posisi penggempur utama, Ifedayo Olusegun semalam.

Ketua jurulatih skuad Gergasi Merah, Michael Feichtenbeiner percaya, pengalaman Caion yang telah bersaing dalam kancah bola sepak Asia sejak berusia 19 tahun menjadi faktor utama kenapa dia dipilih untuk membantu jentera serangan pasukan musim depan.

“Saya gembira kami dapat menandatangani dan meyakinkan Caion untuk berpindah dari Thailand ke Malaysia. Beliau sudah menjadi pemain yang dikenali dan terbukti kebolehannya dalam saingan bola sepak Thailand sejak lima tahun lalu.

“Dengan corak permainannya, saya yakin beliau boleh menyesuaikan diri dengan taktikal yang cuba kami terapkan.

“Secara jujur, kami sememang­nya memerlukan pemain yang boleh menjaringkan gol dan de­ngan pengalamannya menjaringkan banyak gol di Asia Tenggara, kami meletakkan kepercayaan penuh kepadanya pada musim depan,” katanya Feichtenbeiner dalam satu kenyataan.

Caion mula menjinakkan diri dalam kancah bola sepak Asia sejak tahun 2009 dengan bermain di Liga Korea bersama Gangwon FC dan kembali bermain di Korea Selatan tahun 2018 bersama Daegu FC.

Pemain berusia 31 tahun itu terus melebarkan sayapnya pada saingan Liga Thailand selama empat musim dari 2019 hingga 2021 bersama Navy FC, PT Prachuap FC, Chonburi FC, Suphanburi FC dan Muangkan United.

Penggempur ini merupakan pemain keenam yang diper­kenalkan untuk menyarung jersi Merah Kuning selepas terlebih dahulu memperkenalkan Samuel Somerville, Yazan Al-Arab, Baha’ Abdelrahman, Zahril Zabri dan Fazly Mazlan baru-baru ini.

Difahamkan, Caion bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Olusegun yang berhij­rah pada saingan musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI