fbpx

Selangor catat kematian tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Selangor mencatatkan kematian tertinggi sebanyak 11 kes, daripada 35 kes kematian Covid-19 yang dilaporkan, menurut data pada laman web CovidNow.

Berdasarkan maklumat tersebut, pertambahan 35 kes tersebut menjadikan jumlah kematian Covid-19 di seluruh negara sebanyak 31,369 kes serta tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Daripada jumlah tersebut, terdapat enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 6,334 kes,” demikian data tersebut di sini hari ini.

Negeri-negeri lain yang turut melaporkan kematian ialah Pulau Pinang (5), Perak (4), Johor (3), Kuala Lumpur (3), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Sabah (2), Kedah (1), Melaka (1) dan Pahang (1) serta tiada kematian di Perlis, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 42,917 kes aktif melibatkan 36,052 kes dikuarantin di rumah, 3,071 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,497 kes di hospital, 128 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 169 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 2,757 kes harian dilaporkan di Selangor (565 kes), Johor (361 kes), Kelantan (346 kes), Kedah (273 kes), Pulau Pinang (197 kes), Perak (189 kes), Pahang (180 kes), Terengganu (172 kes), Kuala Lumpur (135 kes), Sabah (125 kes), Negeri Sembilan (92 kes), Melaka (76 kes), Sarawak (21 kes), Perlis (13 kes), Putrajaya (11 kes) dan Labuan (satu kes). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI